THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 28, 2009


Al-ghaibiyyah ialah persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil. Namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bagaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya.Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:

Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?Orang Arab itu akan berkata: Tentu. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya juga sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula". Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:Siapa Tuhanmu?Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab:Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.

Kata Rasulullah s.a.w lagi:Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi." “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.


Salam Aidilfitri.....mok tau gambar pa tas ya...????Toklah gambar family mek raya tahun tok tek....raya tahun tok tek mek org semua k tema wana IJO....kacak x...????Tok bukan kenak mengena dengan parti bulan k.....jgn terlalu ilak terpengaruh.hahahaha......

Gambar tok d amek b4 mek org molah doa selamat ari raya 1st ya.....bukan maen kamboh gik....p sempat wak gik mok bergambar.hahahaha....gago2 wak,enjoy2 wak.....xboh tension2 bh.happy go lucky!!!!!Camat Ari Raya......

Sunday, September 27, 2009



Salam perantauan kpd tak org semua....1stly sapa2 yg xfaham pa nak dpadah ku tok baca jak la k.tokla bhasa kebangsaan mek org....sapa2 nya tinggal kat sarawak tau la bahasa ku tok.

B4 ku ngerepak lebih panjang gik ku mok mintak maaf ngan tak org semua khususnya kawan2 ku nk da kat semenanjung nak sebilit n serumah ngan ku Cuan,Ehsan,Cd,Alep,Am,Wan n Syah sori la mun ku da molah salah ngan tak org semua.keadaan kita yg jauh kat camtok ku xpat mok ziarah mntak maaf so ku amek kesempatan tok utk mntak maaf ngan tak org.arap2 gik ruang d ati tak org mok maafkan ku(cedih li jak bunyi cita).

Selain ya juak xlupak ngan semua biak2 kelas 3B....sori ngan tak org semua mun da perange ku yg xmenyenangkan ati tak org semua.ku tok gila2 ckit bh....mun da serius glak pun susah wak.....takut gila semua embak tension.4my ADMIRE sori mun da molah salah selama kita berkawan k.ku tok manusia besa wah bah.....xlari daripada molah salah.apa2 pun....Duus B is the best.

Kpd kawan2 yg laen(xdisebut nama kat atas tdik),tak org jgn kecik ati....tak org semua tetap my bez frenz.sori mun sepanjang perkenalan kita lamak tok ku da mengguriskan perasaan tak org semua....ku manusia wak bh....bukannya maksum xda dosa.sori k.....

B4 ku undur diri ku mok ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.....jemput2la g open house kat bilit mek org lak k kat 17-02 saidina ali(KUIM).jgn lupak datang embak rendang n lemang sali k.kita makan sama2.....hahahaha....jumpa anda di sana!!!!!!!!!

Tuesday, August 11, 2009

WARKAH BUAT HAWA



Hawa....
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau menjadi ibu,
didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah hawa !!!
janji Tuhan kita,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.
Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
Kerana...
aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya,
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa...
Ketahuilah olehmu,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui perhiasan yang ditonjolkannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi...
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya.
Kerana,
dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta.
Kerana,
dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita.
Yakni,
sebuah ikatan yang sah di sisi Allah,
itulah PERNIKAHAN.

Wanita Idaman Hati


Isteri Yang Solehah

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Dakwah dan Belajar, Mana satu Keutamaan Anda?




“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?” Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan?" Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.


Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun. Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.” Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan. Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah. Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan. Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.




Monday, August 10, 2009

Tatapan Buat Hawa



Bertudung atau Berfesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.




Kisah Tauladan

Berapa Nilai Kasih Ibu?

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai
$4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,
pakaian, dan keperluanmu PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

MotorMania


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


My Family