THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 11, 2009

Dakwah dan Belajar, Mana satu Keutamaan Anda?




“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?” Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan?" Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.


Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun. Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.” Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan. Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah. Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan. Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.




0 comments:

MotorMania


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


My Family